Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Hadi 'ubah suai' hudud untuk kekal undi Cina, dakwa Zaid
Diterbitkan:  May 30, 2016 12:06 PM
Dikemaskini: 4:09 AM

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah mengubah suai undang-undang hudud bagi memenuhi keperluan politiknya, sebahagiannya untuk mengekalkan sokongan pengundi Cina, dakwa Datuk Zaid Ibrahim.

"Hudud, versi asal undang-undang Allah Taala, pastinya meliputi semua orang dan jika hukuman membawa kepada kematian, biarlah.

"Itu hukum Allah, tetapi Abdul Hadi mengubah suai untuk memenuhi agenda politiknya. Beliau hanya menjadikan undang-undang itu tertakluk kepada orang Islam, jadi beliau boleh kekalkan undi Cina," kata bekas menteri di jabatan perdana menteri itu dalam blognya, hari ini.

Tinjauan yang dijalankan oleh Malaysiakini tahun lalu menyatakan sebilangan bukan Islam di Kelantan tidak menentang pelaksanaan hukum hudud jika ia mampu mengurangkan kadar jenayah.

Isu hudud kembali hangat diperkatakan apabila usul Abdul Hadi untuk membentang Rang Undang-undang (RUU) hudud dibenarkan di Dewan Rakyat minggu lalu.

RUU adalah langkah sewajarnya untuk membenarkan pelaksanaan hudud di Kelantan.

Zaid berkata, menerusi RUU itu, Presiden PAS mahu mahkamah syariah diberikan kuasa tanpa had dalam mengenakan hukuman.

Ini, ujar beliau, adalah sebahagian daripada helah penipuan oleh Abdul Hadi, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan Umno.

Salah satu daripada helah itu ialah mengatakan RUU oleh Abdul Hadi itu ialah tiada kaitan dengan hudud.

"Mereka kata ia berkenaan menaik taraf status mahkamah syariah dengan meningkatkan kuasa melaksanakan hukuman.

"Naik ke mana, apa? Untuk mengkudungkan pesalah, itu sahaja."

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS