Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Hudud: Apa yang Raja Petra cuba buktikan, tanya Gerakan
Diterbitkan:  May 30, 2016 12:47 PM
Dikemaskini: 4:51 AM

Timbalan Ketua Pemuda Gerakan, Andy Yong menempelak penulis blog, Raja Petra Kamarudin kerana memutar-belit ulasan ahli politik dan menuduh Cina sebagai bodoh.

“Raja Petra telah menyebabkan rasa tidak puas hati di kalangan bukan Islam di negara ini.

"Ada yang mengadu bahawa kenyataan beliau itu telah menghina dan menyebabkan permusuhan, menjejaskan perpaduan," dakwa Yong dalam kenyataannya, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas artikel bertajuk ‘Cina harus henti buktikan mereka bodoh’ oleh Raja Petra yang disiarkan dalam  Malaysia Today, dipercayai merujuk kepada pemimpn Gerakan.

Raja Petra menulis, “Orang Cina dan India yang bukan beragama Islam boleh mendapatkan hak untuk menggelarkan mereka sebagai warganegara Malaysia tetapi ini tidak bermakna mereka berhak untuk mengajar orang Islam bagaimana untuk mengamalkan agama Islam."

“Andy Yong perlu menjalankan pemeriksaan realiti dan tidak menyangka sebagai rakyat Malaysia beliau boleh mentafsir Islam. Islam itu didefinasikan oleh Al-Quran dan bukannya orang seperti Andy Yong.”

“Apa yang beliau cuba buktikan?” kata Yong yang berkhidmat sebagai peguam.

"Pertama sekali, saya tidak pernah cuba untuk mentafsirkan agama Islam tetapi dalam ruang lingkup perlembagaan semata-mata.

“Apa yang saya jelaskan ialah ia tidak dapat dielakkan jika usul Abdul Hadi menjadi realiti, ia akan memberi kesan kepada bukan Islam juga,” katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS