Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Kementerian Kewangan hari ini mengumumkan lembaga pengarah baru bagi syarikat didakwa terpalit skandal, 1MDB selepas lembaga sebelumnya dibubarkan berikutan siasatan parlimen ke atas syarikat dana negara itu.

Lembaga tiga anggota itu dipengerusikan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah, Setiausaha Sulit Kanan kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Norazman Ayob dan Ketua Pegawai Operasi Prokhas Sdn Bhd, Datuk Kamal Mohd Ali.

Bagaimanapun, Arul Kanda Kandasamy akan terus memegang jawatan presiden 1MDB, kata kementerian itu seperti dilapor Bernama.

"Perubahan ahli lembaga pengarah itu mencerminkan hala tuju baharu 1MDB sebagai sebuah syarikat bukan operasi, menumpukan kepada menyelesaikan pelan rasionalisasi dengan jayanya dan melaksanakan pembayaran hutang pada masa depan," kata kementerian itu dalam satu kenyataan hari ini. 

Menteri Kewangan (Diperbadankan) melahirkan penghargaan dan terima kasihnya kepada ahli lembaga pengarah sebelum ini yang kekal komited dan mengemudi syarikat itu mengharungi tempoh mencabar, yang membawa kepada kejayaan pelan rasionalisasi tersebut. 
    
Menteri Kewangan (Diperbadankan), yang memegang 100 peratus saham 1MDB, gembira untuk mengesahkan ia telah melaksanakan cadangan daripada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk meminda Artikel Penubuhan 1MDB, berkuat kuasa 31 Mei, 2016.  
    
Ini termasuk, antara lainnya, pembubaran Lembaga Penasihat 1MDB, penghapusan Artikel 117 semasa dan menukar semua rujukan daripada 'Perdana Menteri' kepada 'Menteri Kewangan.

Lihat Komen
ADS