Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Laburlah dalam pendidikan awal kanak-kanak, kata Rosmah

Penaung Program Permata Pintar (PERMATA), Rosmah Mansor berkata pelaburan dalam pendidikan awal kanak-kanak berkualiti adalah satu daripada perkara utama bagi menghadapi masa depan.

Isteri perdana menteri itu berkata ini kerana pendidikan dan penjagaan awal kanak-kanak (ECEC) berkualiti akan mengeluarkan potensi besar dan tiada nilainya dalam diri setiap mereka.

"Kanak-kanak mengalami semua jenis rangsangan, otak membentuk perhubungan sinaptik yang penting bagi pembangunan kognitif, fizikal, emosi, etika, rohani dan tingkah laku serta pertautan sosial.

"Semasa membesar, mereka akan mempunyai keupayaan untuk mengharungi gelombang perubahan yang bukan sekadar 'menyesuaikan diri dengan masa depan, malah, yang lebih penting, untuk membentuk dan mempengaruhinya.

"Tetapi, jika kita gagal memberi anak-anak permulaan terbaik dalam kehidupan mereka, ia boleh menyebabkan kita menanggung kesannya apabila mereka menjadi orang dewasa yang bermasalah pada masa depan," kata Rosmah.

Beliau berkata demikian dalam ucaptamanya sempena Persidangan Antarabangsa Pertama 2016 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur hari ini.

Persidangan tersebut dianjurkan bertujuan untuk memupuk kesedaran dan pemahaman terhadap masyarakat mengenai pembangunan optimum kanak-kanak. 

PERMATA lahir daripada buah fikiran isteri perdana menteri keenam itu dan mula direalisasikan pada 2006.
 

Lihat Komen
ADS