Paling Popular
Terkini

Seorang menteri Umno membidas rakan-rakan kabinetnya dari MCA dan memberi amaran bahawa pendedahan mengenai perbicangan kabinet boleh menyebabkan huru hara kepada kerajaan.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob memberitahu pemberita bahawa beliau tidak akan mengulas mengenai perbicangan kabinet 20 Mei lalu dan ia juga tidak sesuai untuk menteri lain berbuat demikian.

"Saya pun tak faham menteri-menteri yang komen pasal perbincangan kabinet.

"You dah angkat sumpah simpan rahsia, simpan jelah rahsia. Kenapa nak sebut apa dibincangkan oleh kabinet. Kalau semua nak bercakap pasal perbincangan kabinet, huru-hara kita dibuatnya dekat luar," katanya.

Ismail berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pendedahan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II, Datuk Seri Ong Ka Chuan pagi ini.

Ong berkata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi telah menimbulkan Rang Undang-Undang Persendirian yang dibawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam mesyuarat kabinet 20 Mei lalu, sebelum usul itu dibentangkan.

Ong berkata Zahid menimbulkan soalan andaian kepada menteri tentang apa yang mereka akan fikir jika "seseorang" memperkenal kan Rang Undang-undang untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, juga dikenali sebagai Akta 355.

[Berita penuh menyusul]

Lihat Komen
ADS