Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Harga RON95, RON97 kekal tiga bulan berturut-turut
Diterbitkan:  May 31, 2016 9:40 PM
Dikemaskini: 1:44 PM

Harga bahan api kekal bagi bulan ketiga berturut-turut walaupun harga minyak mentah global naik kepada hampir AS$ 50 setong pada bulan Mei.

Menurut para peniaga petrol, RON95 kekal pada RM1.70 seliter manakala RON97 masih RM2.05 seliter bagi bulan Jun.

Harga runcit diesel juga tidak berubah, pada RM1.55 seliter.

Harga berubah sejak April.

Harga minyak mentah Brent adalah serendah AS$36 setong pada Mac tetapi secara beransur-ansur meningkat sehingga kira-kira AS$ 48 pada bulan April, menyebabkan  jangkaan kenaikan pada bulan Mei.

Bagaimanapun, kenaikan itu tidak menjadi kenyataan berikutan pilihan raya negeri Sarawak pada 7 Mei.

Sejak itu, harga minyak mentah Brent kekal pada AS$40 setong dan berlegar lebih daripada AS$49 setong pada minggu lepas.

Ringgit juga lemah dengan ketara pada bulan Mei iaitu RM4.12 kepada Dollar, berbanding RM3.93 pada akhir April.

Di sebalik trend ini, kerajaan membuat keputusan untuk tidak menaikkan harga minyak.

Kerajaan menentukan harga bahan api melalui apungan terurus.

Ia mengambil kira beberapa faktor, termasuk harga global minyak mentah dan kekuatan mata wang negara pada bulan sebelumnya.

Ini bukan kali pertama harga minyak tidak berubah walaupun terdapat peningkatan harga minyak mentah dunia dan ringgit yang lemah.

Pada bulan Mei tahun lepas, harga bahan api kekal walaupun harga minyak mentah dunia mencecah rekod tinggi pada AS$66 setong.

Ini bertepatan dengan pilihan raya kecil Rompin dan Permatang Pauh. Pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar ditetapkan pada 18 Jun ini.

 

Lihat Komen
ADS