Paling Popular
Terkini

PKR menasihati Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali agar tidak menghadiri majlis pengumuman calon Pakatan Harapan di Sungai Besar, kata presidennya Wan Azizah Wan Ismail.

Katanya, larangan itu dibuat supaya Azmin 'menjaga' kerajaan Selangor dan hubungannya dengan PAS yang masih mempunyai wakil dalam kerajaan negeri.

"Kita tahu PAS masih lagi dalam kerajaan Pakatan Harapan dulu yang dipilih oleh rakyat masa dulu.

"Sebab itu parti buat ketetapan, ini adalah pilihan raya parlimen dan Azmin Ali kita tahu dia mesti menjaga kerajaan beliau," kata Wan Azizah pada sidang media selepas pengumuman calon HARAPAN di PRK Sungai Besar malam ini di Sekinchan.

Katanya, HARAPAN telah berbincang dengan rakan-rakan komponennya semalam berkenaan hal ini dan mereka memahami keputusan PKR.

"Itu memang kita faham, dia (Azmin Ali) ada satu kedudukan untuk menjaga kerajaan Pakatan dulu.

"Semalam (HARAPAN) ada bincang, dia orang (DAP dan AMANAH) tahu dan faham.

"Malam ini, saya ada untuk mewakili Pakatan Harapan. Azmin Ali adalah menteri besar," katanya.

Anggota parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin semalam berkata Azmin sedang berada di London untuk urusan graduasi anaknya dan akan pulang pada Ahad.

Lihat Komen
ADS