Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Apa lagi MCA mahu, tanya Ridhuan Tee
Diterbitkan:  Jun 6, 2016 9:25 PM
Dikemaskini: 1:28 PM

Pensyarah kontroversi, Ridhuan Tee Abdullah bersyukur beliau telah keluar dari MCA, yang mana beliau tuduh sebagai berpura-pura menyokong kerajaan bagi mendapatkan projek.

Namun, bila tiba musim pilihan raya, mereka sokong DAP menentang agenda Islam.

"Apa lagi MCA (bukan Islam) mahu? Apa yang mereka tidak dapat? Hak? Harta? Kekayaan?

"Hatta, di Kelantan, yang mahu melaksanakan hudud, terdapat patung Buddha, sebesar-besar patung berdiri di sana sini walaupun penyembah amat sedikit. Mana nak jumpa toleransi sebegini," tanya beliau.

Beliau yang merupakan seorang mualaf turut mempersoalkan MCA yang tidak pernah menggunakannya sebagai jambatan untuk memahami Islam walaupun telah menjadi ahli parti itu selama hampir dua dekad.

Dalam kolum terbarunya di Sinar Harian, Ridhuan menyatakan bagaimana Presiden MCA, Datuk Seri Liong Tiong Lai mendakwa partinya mempunyai 1.07 juta ahli.

"Betul ke? Jika betul, kenapa tidak pernah menang di kawasan majoriti Cina menentang DAP? Kenapa mengemis kerusi di kawasan majoriti Melayu untuk menang?

"Melayu yang memenangkan MCA. MCA pula menjaga kebajikan dan perut bangsa sendiri. Masih tidak rasis? Adilkah? Berita akhbar bahasa Inggeris dan Cina mereka sudah menjadi suara DAP saban hari. Sama juga seperti parti Gerakan dan MIC," katanya.

Mengenai kritikan MCA mengenai beliau sebagai seorang yang rasis dan pelampau, ujarnya: “Bagaimanakah saya rasis sehingga 20 tahun di MCA? Isteri saya Melayu lah. Siapa rasis?

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS