Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Tiada bank S'pura terima perolehan bon 1MDB

Bank pusat Singapura berkata, tiada satupun bank-bank tempatan di negara tersebut menerima perolehan menerusi pindahan atas talian sebanyak AS$3 bilion dari Goldman Sachs yang telah mengatur satu terbitan bon untuk 1MDB.

The Wall Street Journal, pada minggu ini, telah melaporkan perolehan daripada bon 1MDB bernilai AS$3 bilion telah diterima oleh bank Switzerland yang mempunyai cawangan di Singapura.

1MDB merupakan subjek dalam pelbagai siasatan pengubahan wang haram di sekurang-kurangnya enam buah negara termasuk Amerika Syarikat, Switzerland dan Singapura.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah didesak untuk meletak jawatan atas dakwaan rasuah dan penyalah gunaan kuasa yang melibatkan dana 1MDB bernilai berbilion-bilion dolar.

Para pengkritik perdana menteri itu berkata Najib adalah penerima manfaat dana dana 1MDB, dengan dakwaan kira-kira AS$681,000,000 telah dimasukkan ke dalam akaun bank perbadinya sebelum pilihan raya umum 2013.

Bagaimanapun, Najib terus menafikan dakwaan tersebut secara konsisten.

Adalah sangat jarang sekali untuk bank pusat Singapura, Pihak Berkuasa Kewangan Singapura (MAS) untuk mengeluarkan kenyataan mengenai urusniaga perbankan tertentu, dan ia berbuat demikian sebagai maklum balas kepada permintaan media.

“MAS menyatakan tiada bank di Singapura menerima AS$3 bilion pindahan atas talian daripada Goldman Sachs dalam kaitan dengan penerbitan bon 1MDB,” kata jurucakap MAS.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS