Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pembohongan WSJ terdedah lagi, kata setiausaha PM
Diterbitkan:  Jun 8, 2016 7:18 PM
Dikemaskini: 11:40 AM

Dakwaan The Wall Street Journal ke atas Malaysia terbukti lagi sebagai pembohongan, kali ini oleh Pihak Berkuasa Kewangan Singapura (MAS), kata Setiausaha Akbar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Datuk Seri Tengku Shariffuddin Tengku Ahmad merujuk artikel akhbar itu yang mendakwa Goldman Sachs memindahkan AS$3 bilion daripada dana terbitan bon 1MDB kepada BSI Bank di Singapura dan sebahagian dana itu kemudian disalurkan kepada perdana menteri.

Bagaimanapun, katanya, MAS hari ini mendedahkan bahawa tidak ada bank di Singapura yang menerima pemindahan AS$3 bilion dari Goldman Sachs berhubung terbitan bon 1MDB berkenaan.

"Walaupun keseriusan dakwaan mereka, WSJ langsung tidak memberi sebarang bukti bagi boleh menyokong tuntutan mereka - ia kini proses lazim pelaporan mereka mengenai Malaysia.

"Menggunakan taktik pengecut untuk mengelakkan daripada disaman, WSJ memetik semua dakwaan mereka sebagai sumber yang tidak dinamakan yang dirujuk sebagai ‘mereka yang biasa dengan perkara itu' dan 'penyiasat' yang tidak dinamakan," katanya dalam satu kenyataan media.

Tengku Shariffuddin berkata sumber-sumber berkenaan mungkin atau tidak mungkin wujud, atau juga adalah proksi bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, rakyat Malaysia tidak mempunyai cara untuk mengetahui kebenaran memandangkan WSJ enggan menamakan sebarang sumber.

"Setiap minggu lebih banyak dakwaan WSJ dan sumber tanpa nama dibuktikan adalah tidak benar.

"Seperti WSJ mendakwa bahawa perdana menteri tidak disiasat oleh pihak berkuasa Malaysia, sedangkan beliau telah disoal-siat untuk beberapa jam pada 5 Disember 2015.

"Atau beberapa laporan WSJ bahawa perdana menteri telah melantik Tan Sri Irwan Serigar Abdullah menjadi gabenor baru Bank Negara Malaysia, apabila ini adalah palsu semata-mata," katanya.

Tengku Shariffuddin juga mendakwa adalah jelas bahawa WSJ mengabaikan semua laporan berkecuali dan bebas mengenai Malaysia.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS