Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim dari DAP membidas Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan yang didakwanya menimbulkan kekecohan berhubung rancangan meraikan kemenangan AMANAH dalam pilihan raya kecil Sungai Besar dengan meminum arak.

Ng berkata, pesanan beliau itu ditujukan khusus kepada orang bukan Islam, dan tidak ada niat sama sekali untuk menghasut umat Islam untuk meneguk arak.

"Malah Allahyarham Nik Aziz Nik Mat kata anda tidak boleh menghalang bukan Islam daripada minum arak.

"Jadi, jika Ng Suee Lim mahu minum arak sampai pecah perut , jangan ganggu dia," ujar Ng, sambil merujuk kepada diri sendiri sebagai orang ketiga.

Sebelum ini, Nasrudin dipetik sebagai berkata, rancangan ADUN DAP itu untuk meraikan kemenangan AMANAH ke atas PAS, jika berlaku, dengan meminum arak sebagai tindakan sombong dan 'satu tamparan kepada orang Islam'.

Ng, bagaimanapun, berkata, rancangan minum arak itu hanya akan berlaku jika AMANAH menang dalam persaingan tiga penjuru itu.

Tambah beliau, kenyataan Nasrudin itu berbaur kepura-puraan kerana parti Islam itu telah memberi jaminan kepada orang bukan Islam bahawa undang-undang syariah tidak ada kena-mengena dengan mereka.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS