Paling Popular
Terkini

Parti Amanah Negara (AMANAH) hari ini berkata rang undang-undang persendirian Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang penuh dengan kecacatan dan perlu pembetulan.

Ketua AMANAH Perak, Asmuni Awi berkata demikian ketika disoal sama ada parti itu akan menyokong rang undang-undang yang bertujuan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.

Asmuni berkata rang undang-undang itu agak "kabur" kerana beberapa butiran tidak dinyatakan dengan jelas.

"Kami telah kaji usul yang dibentangkan sebelum ini dan kami dapati bahawa terdapat begitu banyak kecacatan dalam peruntukannya dan ini perlu diperbetulkan terlebih dahulu," katanya pada sidang media di ibu pejabat parti itu di Kuala Kangsar hari ini.

Asmuni berkata, rang undang-undang itu mungkin tidak dapat dibentangkan semula di Parlimen.

"(Kerana) saya percaya ia hanya muslihat politik oleh BN untuk tujuan pilihan raya kecil," katanya.

Semalam, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mencabar AMANAH dan calon BN di Kuala Kangsar untuk menyatakan pendirian mereka mengenai rang undang-undang berkenaan.

Ini selepas calon PAS Dr Najihatussalehah Ahmad, sendiri mengisytiharkan beliau akan menyokong rang undang-undang itu di Parlimen jika beliau menjadi ahli parlimen Kuala Kangsar.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS