Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Pengendap sembur cat merah di kereta wakil rakyat DAP
Diterbitkan:  Jun 24, 2016 12:21 PM
Dikemaskini: 8:36 AM

ADUN Damansara Utama Yeo Bee Yin mendakwa keretanya telah disembur cat merah untuk kali kedua oleh seseorang yang telah mengganggu dia sejak tiga tahun lalu.

Ini berlaku pada malam selepas beliau pulang dari kempen pilihan raya kecil di Sungai Besar, katanya.

"Ini yang menakutkan kerana dia tahu bila saya balik," kata Yeo dalam posting di Facebook hari ini.

"Sejak tiga tahun lalu, dia mengganggu saya, keluarga dan di pejabat dengan menghantar mesej berulang dan panggilan robot beratus-ratus kali di telefon bimbit dan pejabat," katanya.

Ada kalanya, Yeo berkata, pengendap itu juga akan meletakkan nota, sarapan pagi atau objek lain di keretanya.

Baru-baru ini, dia mula menyembur keretanya dan mengugutnya untuk menjawab atau bertemu dengannya.

Yeo berkata beliau telah membuat laporan kepada polis sebanyak tiga kali tahun ini, dengan kes pertama yang dilaporkannya adalah pada Mac lalu.

"Tolong berdoa untuk keselamatan saya dan keluarga," kata Yeo.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS