Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Mahkamah Switzerland arah bank dedah dokumen Musa
Diterbitkan:  Jun 24, 2016 1:10 PM
Dikemaskini: 5:28 AM

Mahkamah Persekutuan Switzerland semalam memerintahkan rekod perniagaan Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman yang dimiliki oleh UBS Bank diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara (AGO) negara itu.

Mahkamah juga memutuskan bahawa dokumen berkenaan boleh digunakan dalam prosiding jenayah terhadap bank berkenaan.

Pertubuhan bukan kerajaan, Bruno Manser Fund (BMF), dalam satu kenyataan hari ini menyambut baik keputusan Mahkamah Persekutuan Switzerland dan berkata ia menjangkakan UBS akan dikenakan pertuduhan pengubahan wang haram berhubung kes Musa.

Adalah dilaporkan pada November 2014, pihak pendakwa raya Swiss merampas rekod sulit mengenai hubungan bank UBS dengan Musa yang didakwa terbabit dalam skandal rasuah AS$90 juta kerana mengumpul rasuah bagi pemberian konsesi pembalakan di Sabah.

Deposit berkenaan didakwa untuk konsesi pembalakan dikumpulkan melalui akaun UBS Bank di Singapura dan Hong Kong.

Ini berikutan aduan mengikut undang-undang jenayah yang difailkan oleh BMF, menyebabkan AGO Switzerland membuka prosiding jenayah terhadap bank itu pada tahun 2012.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS