Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Zunar minta lebih ramai lintasi 'garisan takut'
Diterbitkan:  Jun 24, 2016 2:07 PM
Dikemaskini: 6:18 AM

Kartunis Malaysia Zulkiflee Anwar Ulhaque telah melintasi 'garisan takut' apabila melukis karikatur politik mengenai dakwaan skandal melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Dalam temu bual dengan majalah Australia National's University, New Mandala, Zulkiflee atau lebih dikenali sebagai Zunar berharap lebih banyak orang akan menyertainya.

"Kita perlu untuk menyeberangi garisan. Ini adalah kita panggilnya seabagai garis ketakutan. Ia bukan satu garis normal. Ia adalah garis ketakutan. Jika anda tak melintasi, kita terperangkap di sana selama-lamanya.

"Sistem ini akan menjadi sangat gembira. Kerajaan akan menjadi sangat gembira jika anda tidak mahu untuk menyeberangi garisan itu," kata Zunar, yang menghadapi hukuman penjara 43 tahun jika didapati bersalah atas sembilan tuduhan menghasut.

Beliau ditangkap pada Februari tahun kerana menulis Twitter dengan mengkritik keputusan mahkamah menjatuhkan hukuman penjara kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana meliwat.

"Saya berharap lebih ramai orang akan menyeberang (garisan). Kita mesti memecahkan sistem. Jika tidak, mereka (kerajaan) akan jadi sangat gembira.

"Sekarang Malaysia ditadbir oleh parti yang sama untuk lebih daripada 60 tahun. Jika kita tidak melintasi garisan, kita akan beri mandat untuk 60 tahun lagi untuk mereka," kata beliau sambil menambah bahawa perubahan kemudiannya tidak akan berlaku.


Berjuang untuk perubahan

Dalam temu bual itu, Zunar menegaskan beliau akan terus berjuang untuk perubahan sehingga titisan dakwat terakhir- satu motto yang beliau terjemahkan dalam satu karikaturnya.

"Saya tidak tahu jika saya akan menang atau kalah, tetapi jika saya tidak melawan, saya pasti akan kalah," katanya.

Walaupun dianiaya di Malaysia, kerja-kerja Zunar sempat memenangi pengiktirafan global, termasuk 'Swiss Foundation 2016 Cartooning For Peace Award'.

Zunar juga penerima Anugerah Human Rights Watch Hellman / Hammett bagi tahun 2011 dan 2015, serta Anugerah Kebebasan Media Antarabangsa yang diberikan oleh Jawatankuasa Melindungi Wartawan (CPJ) yang berpusat di New York.

Lihat Komen
ADS