Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
ADUN PKR mengaku tak bersalah halang polis bertugas
Diterbitkan:  Jun 24, 2016 5:05 PM
Dikemaskini: 9:07 AM

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Indera Kayangan Chan Ming Kai mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kangar bagi pertuduhan menghalang polis melaksanakan tugas dua bulan lalu.

Chan didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan tapak projek pembinaan struktur komunikasi oleh Syarikat Perlis Comm Sdn Bhd di Taman Mutiara, Seriab pada jam 8.30 pagi 6 April lepas.

Tertuduh didakwa berdiri di tengah jalan di tapak projek berkenaan serta bertindak menahan kenderaan yang membawa peralatan pemasangan menara, yang dalam kawalan polis.

ADUN PKR itu dituduh mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Masjistret Mohd Azhar Hamzah kemudian membenarkan Chan diikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan 10 Ogos depan untuk sebutan dan pelantikan peguam.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya C. Parma.

- Bernama

Lihat Komen
ADS