Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
MCA: Adakah PAS sokong perang IS ke atas Malaysia?
Diterbitkan:  Jun 24, 2016 6:14 PM
Dikemaskini: 10:18 AM

Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon mempersoalkan sama ada PAS menyokong pengisytiharan perang militan Negara Islam (IS) ke atas Malaysia.

Ini susulan sekutu rangkaian pengganas itu di Filipina semalam yang mendedahkan video propaganda untuk memenggal kepala anggota polis Malaysia dan menggesa pengikutnya untuk membunuh orang-orang kafir di Malaysia.

Chong membangkitkan persoalan itu kerana berdasarkan sejarah kumpulan jihad itu mempunyai kaitan rapat dengan anggota PAS.

"Adakah PAS menyokong klip video 21 minit itu atau beranikah PAS mengutukkandungan video itu yang menyokong segala kedurjanaan IS?" katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menegaskan bahawa abang Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz - Nik Adli - pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri pada 2001 kerana disyaki terlibat dalam Kumpulan Mujahiddin Malaysia yang mahu melancarkan perang jihad di Afghanistan.

Chong berkata, Nik Adli yang pernah ditahan bersama Mohd Rafi Udin, rakyat Malaysia yang dipaparkan mengisytiharkan perang ke atas polis dan golongan kafir di malaysia dalam video propaganda video IS.

Katanya, Nik Adli juga pernah ditahan bersama Mohd Lofti Ariffin yang terbunuh pada 2014 ketika berperang di Syria bersama kumpulan yang dikaitkan dengan Barisan Al-Nusra.

Malah, menurut Chong, Nik Abduh mempunyai laman Facebook yang memuliakan kematian Mohd Lofti dan muktamar PAS pada tahun 2014 juga memberi penghormatan kepadanya yang dianggap sebagai mati syahid.

Mohd Lofti juga adalah bekas Ketua Penerangan PAS Kedah. Nik Adli dibebaskan daripada ISA pada tahun 2006.

"Kita tidak mampu memandang ringan terhadap keganasan. Mereka yang berseorangan itu boleh menyerang pada bila-bila masa, di mana sahaja, tanpa amaran - sama ada mereka adalah pengebom berani mati atau penyerang bersenjatakan parang atau objek tajam.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS