Paling Popular
Terkini

Kerajaan akan menimbang menjadikan 8 Julai sebagai cuti peristiwa bagi negeri-negeri yang bekerja pada Jumaat, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa hari ini.

Bagaimanapun, katanya perkara itu perlu dibawa untuk rundingan pihak berkenaan terlebih.

"Saya tidak pasti sama ada jawapannya positif atau negatif. Sebelum ini, tidak pernah ada cuti peristiwa untuk penjawat awam," katanya kepada pemberita selepas perjumpaan khas Ketua Setiausaha Negara Bersama Anggota Majlis Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) di Putrajaya, hari ini.

Presiden Cuepacs Datuk Azih Muda ketika berucap pada majlis itu meminta kerajaan menimbang untuk menjadikan Jumaat (8 Julai), yang dijangka 3 Syawal, sebagai cuti peristiwa.

Azih berkata sekiranya penjawat awam bekerja pada hari berkenaan, mereka mungkin kurang produktif dan cuti peristiwa membolehkan langkah penjimatan dilaksanakan termasuk menjimatkan elektrik.

- Bernama

Lihat Komen
ADS