Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Anwar: Bersatu dan fahami kelemahan kita
Diterbitkan:  Jun 25, 2016 1:17 PM
Dikemaskini: 5:24 AM

Parti-parti pembangkang mesti mengambil iktibar dan bermuhasabah di atas keputusan pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar, dan memahami dengan amat mendalam kelemahan mereka.

Ketika menegaskan demikian, bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sekarang bukanlah masa untuk mencari alasan atau menuding jari.

"Kita perlu sentiasa ingat bahawa kita mempunyai satu kewajipan untuk menjadi alternatif tulen buat rakyat.

"Ketepikan perbezaan dan perbalahan," kata Anwar dalam satu kenyataan melalui peguamnya.

"Sampaikan keluhan dan rungutan dengan saluran yang betul; duduklah bersama untuk mengatasi dan menyelesaikan masalah," katanya.

Anwar menegaskan bahawa kebajikan rakyat dan negaralah yang paling utama "dan kita berkhidmat untuk rakyat".

"Kita perlu kalahkan BN dalam PRU14, kita perlu berjaya demi Malaysia!

"Mereka yang tidak percaya ini boleh dilakukan dalam PRU yang akan datang, adalah salah. Tetapi untuk melaksanakannya, kita perlu bersatu," tegasnya.

Sambil menegaskan bahawa ia bukanlah perkara yang mudah, Anwar berkata mereka perlu hadapi keseluruhan kekuatan dan taktik BN yang menurutnya tidak demokratik.

"Tetapi usaha kita ini murni, walhal mereka hanya memegang kuasa demi kuasa. Jika kita bersatu demi rakyat, kita akan berjaya," tegas Anwar.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS