Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Muhyiddin tinjau platform politik baru selepas dipecat Umno

Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang mempertimbangkan wardah perjuangan politik baru untuk beliau terus aktif dalam politik ekoran pemecatannya daripada Umno pada Jumaat yang lalu.

Bercakap semasa membuat kemunculan pertama sejak pemecatan itu, beliau yang merupakan ahli parlimen Pagoh memberitahu pemberita bahawa beliau akan berkhidmat sebagai wakil rakyat bebas, tetapi memerlukan masa untuk membuat keputusan mengenai langkah seterusnya.

Ia termasuk menubuhkan organisasi yang baru atau menyertai parti sedia ada, ujar bekas pemain nombor dua Umno itu.

"Ramai yang secara tidak rasmi telah membuat tawaran mereka. Atau mungkin kita akan menubuhkan satu wardah politik yang baru," kata Muhyiddin pada sidang akhbar itu yang turut disertai oleh bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Bekas timbalan perdana menteri itu berkata, beliau perlu berbincang dengan para penyokong dan mereka yang berkongsi keinginan yang sama untuk perubahan, sebelum membuat keputusan muktamad.

Ditanya sama ada beliau bersedia untuk mempertahankan kerusi Pagoh menentang BN, Muhyiddin menegaskan bahawa beliau masih belum membuat sebarang keputusan.

"Kini saya tidak lagi dalam Umno ... Jika saya bertanding, sudah tentu saya akan bertanding menentang BN," katanya.

Muhyiddin menambah, beliau akan terus berkhidmat sebagai ahli parlimen bebas dan telah menerima maklum balas daripada akar umbi di Pagoh berkenaan sokongan berterusan kepadanya, tanpa mengira platform politik beliau selepas ini.

Mengenai penurunan secara ketara oleh sokongan dari Umno Johor, Muhyiddin berkata: "Ia okay. Saya faham. Apa yang anda harapkan mereka untuk kata (mengenai pemecatannya ). . ?"

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS