Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Undian parti baru Muhyiddin-Mukhriz
Diterbitkan:  Jun 27, 2016 11:36 AM
Dikemaskini: 3:44 AM

Selepas dipecat Umno bersama Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau mungkin menubuhkan sebuah “wadah politik baru”.

Sama ada ia sebuah parti atau tidak, perkara itu masih belum jelas.

Penyokong beliau juga kini mendapatkan pandangan seramai mungkin pengguna Internet sama ada idea itu sesuai atau tidak.

Di Facebook penyokong Mukhriz misalnya, diadakan sebuah undian sama ada orang ramai bersetuju dengan cadangan itu.

“Ada setuju gabungan 3M ini menubuhkan parti baru atau tidak. Komen ya atau tidak,” menurut tulisan di laman sosial itu.

3M merujuk kepada Muhyiddin, Mukhriz dan Mohd Shafie Apdal yang digantung keanggotaan Jumaat lalu.

Pentadbir laman itu juga meminta undian itu disebarkan sebanyak mungkin kerana ia mungkin mempengaruhi tertubuhnya wujudnya parti itu.

Sementara itu, pelbagai pihak mengambil kesempatan menyuarakan pandangan dalam isu itu, yang menyaksikan perbezaan pendapat setakat ini.

Bentara Putera Sayaaa Setuju! Dengan satu syarat, beroperasi atas jati diri. Bukan bergabung dengan PAS, Parti Amanah Negara (AMANAH) dan DAP. mereka biarlah kekal pihak check and ballance.

Kedua, tapis seketat-ketatnya ahli Umno yang nak mendaftar sebagai ahli parti baru ini. Dibimbangi akan ada anasir gunting dalam lipatan. Insya-Allah ahli-ahli yang punya mata dan otak yang waras akan berjuang dalam suasana dan landasan yang betul. Segeralah, kami sedang menunggu.

Kasih Hati Tak perlu kot. Cuma tindakan yang perlu ahli Umno buat adalah keluar dari parti secara beramai-ramai sebagau tanda protes. Biar yang tinggal cuma kaki 'dedak' semata-mata.

Lihat Komen
ADS