Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Saya tak kata Najib bunuh orang, kata Dr M selepas siasatan polis
Diterbitkan:  Jun 29, 2016 11:00 AM
Dikemaskini: 6:10 AM

Polis sedang menyoal-siasat bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kenyataannya yang menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai 'Idi Amin Malaysia'.

Mengesahkan perkara itu, peguam Haniff Khatri berkata Mahathir kini disoal siasat di pejabatnya di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya.

Mahathir pada ucapannya pada pilihan raya kecil di Kuala Kangsar berkara Najib ibarat diktator Uganda itu kerana menggunakan harta negara sehingga dia ditolak oleh rakyat.

Idi Amin adalah Presiden Uganda yang memerintah dari tahun 1971 hingga 1979. Beliau dikenali kerana pencabulan hak asasi manusia, rasuah dan pembunuhan.

Najib pada malam kemenangan BN di Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada 18 Jun lalu secara berseloroh membidas Mahathir dan berkata “Idi Amin Malaysia lebih popular” dan keputusan pilihan raya menunjukkan bahawa rakyat menolak Deklarasi Rakyat.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Mahathir berkata beliau tidak akan menarik balik kenyataannya.

"Saya tidak akan tarik balik. Saya tak kata dia (Najib) bunuh orang, tetapi saya kata dia bukan presiden baik," katanya.

Mahathir juga memberitahu pemberita bahawa soal siasat hari ini tidak berlangsung lama, kerana beliau enggan menjawab kebanyakan soalan.

Katanya, beliau hanya mengakui membuat perbandingan di antara Najib dan Idi Amin, dan butiran seperti masa dan tempat beliau membuat kenyataan itu.

"Bagi tuduhan khusus ke atas saya, saya akan jawap di mahkamah," katanya.

Beliau berkata polis akan mengunjungnya sekali lagi selepas sambutan Aidilfitri dan kali ini, beliau akan disoal mengenai tulisan di blognya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS