Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Biskop: Mufti Pahang isytihar permusuhan
Diterbitkan:  Jun 29, 2016 11:54 AM
Dikemaskini: 4:41 AM

Biskop katolik Emeritus Dr Paul Tan Chee Ing menyifatkan kenyataan Mufti Pahang Datuk Abdul Rahman Osman bahawa mereka yang menentang Islam sebagai kafir harbi adalah "perkembangan dasyat yang jika tidak pantas ditolak akan menjadi ancaman kepada keselamatan negara".

"Saya tahu ada kenyataan dalam tahun-tahun kebelakangan ini, walaupun ancaman untuk membakar Alkitab, yang merupakan bahaya yang jelas kepada keselamatan negara ini seperti kenyataan mufti Pahang bahawa kafir harbi bagi orang-orang yang menentang Islam," katanya yang lantang dalam isu-isu hak asasi manusia, terutamanya berkaitan kebebasan beragama.

"Sebelum ini, ia dianggap bahawa hanya mereka yang memerangi umat Islam di bumi yang diperintah orang Islam atau dari wilayah berdampingan dengan wilayah-wilayah Islam adalah kafir harbi," kata Tan.

"Tetapi kini dengan apa yang dikatakan mufti Pahang itu, walaupun mereka yang hanya menentang permohonan hudud untuk kesalahan terhadap undang-undang syariah kini disamakan dengan pemberontakan atau pencerobohan terhadap Islam," katanya.

Biskop Tan berkata adalah wajib bagi pihak berkuasa di Malaysia mengutuk tafsiran itu sebagai satu ancaman kepada keselamatan negara disebabkan potensinya kepada keganasan terhadap warga yang patuh undang-undang.

"Jika tafsiran ini tidak diolak dan jika pengucapnya tidak ditahan untuk hasutan, hasutan terhadap undang-undang yang ada sekarang adalah tidak sah dari semua makna," tegasnya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS