Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
‘Tak patut mufti tuduh DAP kafir harbi tanpa kajian’

Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata adalah tidak patut bagi Mufti Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Osman mendakwa DAP tergolong dalam kalangan kafir harbi tanpa membuat kajian terlebih dahulu.

Katanya, adalah tidak baik untuk melabelkan sesiapapun dengan sebarang gelaran tanpa usul periksa.

"Tak boleh cakap begitu, kita kena kaji dahulu betul ke tidak. Itu secara umum cakap macam itu tak baik, kena kaji betul-betul.

"Katalah orang kata kita pengganas, kita kena kaji betul ke kita pengganas.

"Kamu tak boleh cakap secara umum, jadi kita kena kaji dulu betul ke penglibatan itu kita boleh panggil dia pengganas," katanya pada sidang media di Petaling Jaya hari ini.

Akhbar Utusan Malaysia sebelum ini memetik Abdul Rahman sebagai berkata, DAP yang menentang hukum Islam dan mahu menubuhkan negara sekular tergolong dalam kalangan kafir harbi dan wajib ditentang umat Islam.

Mengikut tafsiran, kafir harbi merujuk kepada kumpulan bukan Islam yang memerangi Islam dan adalah halal untuk menumpahkan darah mereka.

Abdul Rahman dipetik sebagai berkata, haram dan berdosa besar bagi umat Islam bersekongkol dengan DAP.

Namun, Abdul Rahman kemudiannya menjelaskan beliau tidak merujuk istilah kafir harbi kepada DAP semata-mata, tetapi semua pihak yang menentang Islam.

 

Lihat Komen
ADS