Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kafir harbi: Majlis Gereja dakwa Mufti Pahang menghasut
Diterbitkan:  Jun 29, 2016 5:33 PM
Dikemaskini: 9:38 AM

Majlis Gereja Malaysia ( CCM ) berkata, pihaknya bimbang dengan label yang merujuk mereka yang menentang hudud sebagai kafir harbi oleh Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman.

"Setakat ini, ia suatu kenyataan yang paling provokatif oleh seorang pegawai negeri sehingga mewujudkan syak wasangka dan perpecahan dalam masyarakat majmuk.

"Dalam sebuah negara yang menegakkan kedaulatan undang-undang dan mengisytiharkan semua rakyat Malaysia adalah sama di sisi undang-undang, kenyataan seperti ini tidak sejajar dengan matlamat itu," kata Setiausaha Agung CCM, Hermen Shastri dalam kenyataan, hari ini.

Hermen berkata, tindakan Abdul Rahman, seperti mana-mana warganegara lain, harus tertakluk kepada undang-undang.

"Kenyataan itu adalah hasutan secara semula jadinya dan tiada siapa yang berada di atas melebihi undang-undang," ujarnya.

Beliau turut menggesa pemimpin kerajaan untuk bersuara mengenai perkara ini.

"Sudah tiba masanya untuk menteri kerajaan, menteri besar dan ketua menteri bangkit dan isytiharkan kebencian terhadap kenyataan seperti itu yang datang daripada pegawai yang diupah oleh kerajaan negeri," katanya lagi.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS