Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
AMANAH: Terimalah realiti pertandingan banyak penjuru dalam PRU

Parti Amanah Negara (AMANAH) meminta sekutunya dalam Pakatan Harapan untuk bersedia menerima realiti politik untuk berdepan dengan pertandingan tiga penjuru dengan PAS dan BN dalam pilihan raya umum akan datang.

Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad, dalam forum malam tadi berkata, gabungan itu perlu menyiapkan dirinya sekarang untuk berdepan dengan halangan itu.

Ahli Parlimen Shah Alam itu memberitahu Timbalan Presiden PKR Azmin Ali bahawa PAS mungkin meletakkan calon di kerusi Parlimennya di Gombak.

"Suka atau tidak, kita perlu menerima pertandingan tiga penjuru sebagai satu realiti politik," katanya sambil menambah bahawa lebih cepat mereka bersedia dan mengatur strategi, adalah lebih baik.

Malah, katanya, mereka dalam PKR dan DAP pun, yang mungkin tidak bersetuju dengan pertandingan tiga penjuru, mungkin berdepan dengan calon PAS bertanding di kerusi mereka dalam pilihan raya umum akan datang.

Katanya, PAS mungkin bertanding di kawasan yang tidak ditandinginya dalam pilihan raya lepas.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS