Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Padan muka - dua perkataan pemimpin PCM untuk Lim
Diterbitkan:  Jun 30, 2016 3:15 PM
Dikemaskini: 7:27 AM

Dalam apa yang mungkin menjadi kenyataan media paling pendek yang pernah dikeluarkan oleh seorang ahli politik, Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) Datuk Huan Cheng Guan hanya mempunyai dua perkataan untuk menggambarkan keadaan semasa Lim Guan Eng.

"Padan muka," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan petang ini sebagai tindak balas terhadap ketua menteri Pulau Pinang itu yang sedang menghadapi dua pertuduhan rasuah.

Huan adalah bekas Naib Presiden Gerakan yang kemudiannya mengasaskan PCM yang mesra BN selepas kejatuhan bekas Presiden Gerakan Tan Sri Koh Tsu Koon.

Bekas Ahli Parlimen Batu Kawan itu sentiasa mengkritik DAP, dan berulang kali menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mempercepatkan siasatan terhadap Lim.

Pada Mac lalu, pemimpin PCM yang juga adalah Konsul Kehormat Nepal ke Pulau Pinang, mendedahkan dokumen yang didakwa berkaitan dengan penjualan tanah yang melibatkan banglo kontroversi ketua menteri telah ditinggalkan di luar Konsulat Nepal di Prai.

Huan berkata dokumen sembilan muka surat itu mengaitkan pemilik asal banglo itu, Phang Li Khoon, yang juga seorang ahli perniagaan dengan Lim.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS