Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Berlian gergasi gagal dijual
Diterbitkan:  Jun 30, 2016 4:36 PM
Dikemaskini: 8:55 AM

GLOBAL Berlian terbesar yang ditemui lebih satu abad gagal dijual di lelongan Sotheby, London pada Rabu lalu.

Namun ketua pegawai eksekutif Lucara Diamond Corp, syarikat yang memperolehi berlian itu yakin masih terdapat minat daripada pembeli dalam perdagangan berlian.

Berlian seberat 1,109 karat bernama Lesedi la Rona atau "cahaya kami" itu tidak dapat dijual selepas biadaan $61 juta tidak melepasi harga jualan minimum yang diharapkan.

Sotheby menjangkakan bahawa berlian sebesar bola tenis yang diperolehi November lalu di lombong Lucara di Botswana, akan terjual lebih $70 juta.

"Hakikat bahawa batu itu tidak terjual, ya, ia mengecewakan tetapi ia tidak mengubah apa-apa bagi Lucara sebagai sebuah syarikat," kata Ketua Pegawai Eksekutif Lucara, William Lamb kepada Reuters.

"Pasti terdapat permintaan terhadap batu itu. Ia hanya permintaan daripada orang-orang yang kita biasanya akan menjual batu itu," kata beliau.

Saham dalam Lucara yang berpangkalan di Vancouver turun 14.5 peratus di Bursa Saham Toronto selepas berita jualan itu gagal.

"Keputusan itu adalah suatu yang mengecewakan, dan berpotensi mempersoalkan kaedah jualan yang dipilih," kata penganalisis BMO Edward Sterck dalam nota kepada pelanggan.

Lelongan awam untuk berlian jarang berlaku, dan biasanya hanya dijual kepada kumpulan-kumpulan peniaga berlian dalam skala kecil.

Lamb berkata Lucara memilih cara lelongan kerana mahu mempunyai akses kepada seberapa ramai individu bernilai tinggi dan mereka yang gemar membeli barangan mewah pada masa lalu.

Lucara, tambahnya, belum memutuskan apa yang perlu dilakukan dengan batu itu tetapi mungkin akan meminjamkan kepada muzium untuk memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai berlian.

Lihat Komen
ADS