Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Guan Eng perlu bercuti jika mampu buat 3 perkara
Diterbitkan:  Jul 1, 2016 11:02 AM
Dikemaskini: 3:07 AM

Ahli Parlimen Segambut dari DAP, Lim Lip Eng mengemukakan beberapa soalan kepada pihak yang meminta Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng untuk mengambil cuti sementara berdepan proses perbicaraan.

Lip Eng berkata, jika jawapan kepada tiga soalan berkenaan positif, justeru, Guan Eng perlu mengosongkan kerusinya buat sementara.

Tiga soalan itu ialah:

1. Bolehkah Guan Eng mempengaruhi siasatan dan proses pendakwaan terhadap beliau ?

2. Bolehkah Guan Eng memecat Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau mana-mana pegawai polis atau pendakwa?

3. Bolehkah Guan Eng mengubah kenyataan dan bukti yang sudah berada dalam tangan Peguam Negara (AG)?

Tambah Lip Eng, jawapan kepada soalan-soalan ini hanya akan menjadi 'ya' jika individu dalam perkara ini ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak kerana hanya dia mempunyai kuasa sedemikian.

"Jadi mengapa pemimpin BN begitu terburu-buru meminta Guan Eng untuk mengambil cuti?

"Adakah mereka begitu jahil untuk tidak mengetahui bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang tidak mempunyai kawalan atau pengaruh ke atas SPRM, polis dan Peguam Negara?

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS