Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
MB Azmin Ali bukanlah teruk sangat, kata ADUN DAP

Walaupun Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali mendapat keputusan yang baik dalam tinjauan Merdeka Center, hanya 54 peratus responden Cina berpuas hati dengan prestasinya sebagai menteri besar.

Dalam tinjauan yang dijalankan sebelum pilihan raya kecil baru-baru ini, Azmin mendapat 'markah' yang lebih tinggi daripada pengundi Melayu dan India berbanding Cina.

Bagaimanapun, secara keseluruhan, 65 peratus rakyat Selangor berpuas hati dengan pentadbiran Azmin.

Keputusan tersebut menampakkan jurang perbezaan yang ketara dengan pemimpin terdahulu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mendapat 'markah' lebih baik pada tahun kedua Khalid menjadi menteri besar pada tahun 2009.

Sejumlah 69 peratus daripada responden Cina berpuas hati dengan Abdul Khalid, pada ketika itu.

Bagaimanapun, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kampung Tunku dari DAP, Lau Weng San percaya 54 peratus sokongan daripada masyarakat Cina untuk Azmin bukan sesuatu yang terlalu teruk.

"(Sokongan) Cina kira-kira 10 peratus lebih rendah (berbanding sokongan orang Melayu dan India), jadi ia bukan sesuatu yang membimbangkan.

"Tetapi beliau (Azmin) perlu berusaha lebih lagi untuk meningkatkan pencapaian tersebut," akui Lau.

Azmin, kata Lau, perlu menggunakan hasil tinjauan itu sebagai pembakar semangat untuk dia terus bekerja keras.

Mengenai perbandingan antara Azmin dan Abdul Khalid, ujar Lau lagi, tahap puas hati yang lebih tinggi semasa zaman Abdul Khalid mungkin disebabkan beliau dilihat sebagai 'nafas baru' oleh masyarakat Cina.

Dan senario ketika kedua-dua individu tersebut diangkat ke jawatan itu juga adalah berbeza, jelas Lau.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS