Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Polis sudah ambil kenyataan mufti Pahang
Diterbitkan:  Jul 1, 2016 2:58 PM
Dikemaskini: 7:01 AM

Polis Pahang telah mengambil keterangan daripada Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman, berkaitan istilah 'kafir harbi'.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Sharifuddin Ab Ghani berkata keterangan Abdul Rahman diambil di pejabatnya di Kuantan semalam.

"Keterangan beliau (mufti Pahang) sudah kami serahkan kepada Polis Pulau Pinang yang melakukan siasatan kerana laporan polis mengenainya dibuat di sana," katanya kepada pemberita di Kuantan malam tadi.

Sharifuddin berkata demikian semasa ditemui selepas majlis berbuka puasa dan moreh Zon C bersama ketua polis dan menteri besar Pahang sempena Ramadan di Kuantan.

Berdasarkan laporan media baru-baru ini, Abdul Rahman dipetik sebagai berkata DAP yang jelas menentang pelaksanaan hukum Islam dan berhasrat untuk menubuhkan sebuah negara sekular tergolong dalam kalangan kafir harbi yang wajib ditentang umat Islam.

Abdul Rahman bagaimanapun menjelaskan kenyataannya itu tidak merujuk kepada DAP, tetapi kepada sesiapa sahaja yang menentang Islam.

- Bernama

Lihat Komen
ADS