Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Atlet didenda RM1,000 kerana pikat isteri orang
Diterbitkan:  Jul 1, 2016 3:52 PM
Dikemaskini: 7:53 AM

Seorang atlet seni mempertahankan diri campuran (MMA) didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini selepas mengaku bersalah cuba memikat isteri seorang ahli perniagaan dengan niat untuk melakukan persetubuhan.

Majistret Siti Shakirah Mohtarudin turut memerintahkan tertuduh, Syed Mohammad Murad Syed Naseem, 29, dipenjara sebulan sekiranya dia gagal membayar denda.

Lelaki itu membayar denda berkenaan.

Syed Mohammad Murad didakwa melakukan perbuatan itu ke atas wanita berusia 33 tahun di kediamannya (tertuduh) di Denai Alam di Shah Alam pada 15 April lepas dan dia dihukum mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Mengikut fakta kes yang dibentangkan oleh Timbalan Pendakwa Raya Amira Haziqah Zulkifli, pengadu iaitu suami wanita itu mendapati isterinya bersama tertuduh telah pulang ke rumah tertuduh dan pengadu telah membuat aduan kepada pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Amira Haziqah berkata, kira-kira pukul 4.30 pagi hari kejadian, JAIS telah bertindak menyerbu rumah tertuduh dan telah menahan lelaki itu serta isteri pengadu kerana kesalahan berkhalwat.

- Bernama

Lihat Komen
ADS