Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Sambutan ulang tahun TYT P Pinang ditunda ke Ogos
Diterbitkan:  Jul 1, 2016 5:14 PM
Dikemaskini: 9:46 AM

Sambutan ulang tahun ke-78 Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas pada 9 Julai ini telah ditunda ke bulan Ogos.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Farizan Darus berkata kerajaan negeri menangguhkan hari sambutan kerana tarikhnya dijangka jatuh pada hari keempat perayaan Aidilfitri.

"Oleh itu segala acara sambutan dan majlis istiadat pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat kehormatan hanya akan dibuat pada bulan Ogos," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata tarikh baharu untuk sambutan akan diumumkan kelak.

- Bernama

Lihat Komen
ADS