Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Isu Laut China Selatan, 'Superman' DAP keluar parti
Diterbitkan:  Jul 14, 2016 11:00 PM
Dikemaskini: Jul 15, 2016 5:04 AM

Ahli celupar DAP Hew Kuan Yau mengumumkan beliau meninggalkan parti itu berkuat kuasa serta merta selepas dibidas teruk pelbagai pihak berhubung kenyataannya bahawa Laut China Selatan milik neegara China.

"Demi kepentingan DAP, saya memutuskan untuk meninggalkan parti hari ini," katanya dalam satu posting di laman Facebook beliau awal malam tadi.

Hew, 46, mengakui bahawa beliau telah menulis di Facebook sebelum ini dengan mempertahankan bahawa Laut China Selatan adalah milik China.

Beliau mengkritik keputusan Mahkamah Tetap Timbangtara yang memutuskan Beijing tidak mempunyai ‘hak sejarah’ terhadap Laut China Selatan kerana tidak mempunyai asas undang-undang untuk menuntut kawasan perairan itu.

Hew dikritik kerana kenyataannya didakwa oleh pelbagai pihak sebagai tidak patriotik kerana Malaysia adalah antara negara yang menuntut sebahagian daripada perairan dan wilayah yang dikenali sebagai ‘sembilan-sempang’.

Hew yang dikenali sebagai 'Superman' kerana kegemarannya memakai baju dengan logo wira komik, juga menuduh musuh politiknya menggunakan isu itu untuk memberi tekanan kepadaDAP untuk melucutkan keahliannya.

"Lawan politik saya telah memutar-belitkan kata-kata saya ... dan menyamakan pandangan politik peribadi saya dengan pendirian rasmi DAP. Ini menimbulkan masalah untuk parti, rakan-rakan dan penyokong.

"Lawan politik terus memberi tekanan kepada jawatankuasa tatatertib DAP untuk bertindak dan menyingkirkan saya, mendesak semua cawangan DAP tidak lagi menjemput saya memberi ucapan.

"Ini menimbulkan masalah kepada (pemimpin veteran DAP) Lim Kit Siang ... saya tahu.

"Untuk menyelesaikan masalah ini, saya percaya langkah terbaik adalah meninggalkan parti."

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS