Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
M'sia perlu minta OIC adakan mesyuarat tergempar, gesa GMM
Diterbitkan:  Jul 16, 2016 7:52 PM
Dikemaskini: 11:55 AM

Pergerakan Kesederhanaan Global (GMM) menggesa Malaysia meminta Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengadakan mesyuarat tergempar susulan beberapa insiden serangan yang kerana salah persepsi mengaitkan insiden itu dengan Islam.

Ketua Pegawai Eksekutif GMM Dr Nasharudin Mat Isa berkata, memandangkan beberapa insiden serangan yang berlaku di seluruh dunia, sekarang adalah masanya untuk meminta dunia menjauhi segala bentuk keganasan sama ada melalui perbuatan atau kata-kata.

"Perbincangan dan pendirian secara bersendirian boleh dirumuskan dengan mengutuk tindakan keganasan yang bertentangan dengan Islam.

"Ia juga akan menghasilkan langkah-langkah kolektif untuk membetulkan persepsi negatif mengenai Islamphobia yang berterusan di dunia Barat, lebih-lebih lagi selepas insiden serangan di Nice, Perancis," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sekurang-kurangnya 80 orang maut dan ramai lagi cedera apabila sebuah trak merempuh orang ramai di Nice, selatan perancis, semalam.

- Bernama

Lihat Komen
ADS