Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
'Perang' #BeStrongPM di media sosial
Diterbitkan:  Jul 22, 2016 10:19 PM
â‹…
Dikemaskini: 2:35 PM

Media sosial menjadi medan rakyat Malaysia menyatakan sokongan mereka kepada Datuk Seri Najib Razak ketika isu saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ) AS dan Malaysian Official 1 terus diperkatakan.

Menggunakan hashtag #bestrongPM pelbagai kata-kata semangat dan perangsang untuk perdana menteri dimuat naik bagi menunjukkan sokongan kepada beliau.

Bagaimanapun masa yang lama tidak diperlukan untuk kempen menyanggah sokongan itu muncul apabila pengguna lain media sosial mempersendakan hashtag berkenaan.

Antara lain mereka mengaitkan Najib dengan siasatan terhadap skandal 1MDB.

 

 

 

 

 

 

 

 

Semalam DOJ mengemukakan saman sivil untuk menyita pelbagai harta tanah serta aset yang disyaki dibeli menggunakan dana awam yang diperoleh daripada 1MDB.

Beberapa nama muncul dalam laporan pihak berkuasa AS berkenaan, termasuk anak tiri Najib, Riza Aziz dan hartawan kelahiran Malaysia, Low Taek Jho atau lebih dikenali dengan panggilan Jho Low.

Turut menarik perhatian ramai ialah individu tidak dinamakan tetapi dirujuk dokumen berkenaan sebagai "Malaysian Official 1".

 

 

 

 

 

 

Ekoran siasatan berkenaan pihak berkuasa beberapa negara lain turut membuat sitaan, termasuk Singapura dan Switzerland.

Sementara itu kerajaan tetap dengan pendiriannya bahawa kerajaan tidak disabitkan dengan sebarang kesalahan berhubung siasatan 1MDB.

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali menegaskan tiada bukti menunjukkan wang daripada 1MDB digelapkan.

“Tiada bukti daripada sebarang siasatan djalankan oleh mana-mana agensi penguatkuasaan dalam pelbagai bidang kuasa menunjukkan terdapat wang digelapkan daripada 1MDB...,” katanya.

Apandi juga berkata tiada pertuduhan jenayah terhadap mana-mana individu atas kesalahan menggelapkan dana daripada 1MDB.

Lihat Komen
ADS