Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Tindakan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat melakukan saman sivil terhadap 1MDB adalah berdasarkan perlakuan jenayah, kata bekas presiden Majlis Peguam, Datuk S Ambiga.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan pihak yang mengatakan bahawa tindakan DOJ berhubung isu skandal 1MDB hanyalah saman sivil dan bukan jenayah.

"Keseluruhan tuntutan menggunakan perkataan seperti penipuan, konspirasi... Segala-galanya yang mereka cakap tentang tuntutan ini adalah jenayah.

"Ini adalah mengenai perlakukan jenayah, tetapi ia adalah satu proses sivil kerana berhubung rampasan aset, ia sebahagian daripada bahagian sivil," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis makan malam pengumpulan dana NGO ALIRAN, malam tadi.

DOJ pada Rabu mendakwa lebih AS$3.5 bilion dana 1MBD telah disalahgunakan.

Dalam saman mereka berhubung tindakan untuk merampas lebih AS$1 bilion aset yang dibeli dengan dana badan tersebut, perkataan kelakuan jenayah, hasil jenayah dan kesalahan jenayah muncul sebanyak 13 kali.

Sebutan pertama dalam saman itu adalah berkaitan bagaimana antara tahun 2009 hingga 2013, beberapa individu termasuk pegawai-pegawai am mengadakan persepakatan "untuk membersihkan perlakukan jenayah termasuk dalam dan melalui institusi kewangan Amerika Syarikat".

Saman itu juga memetik undang-undang jenayah Malaysia- iaitu yang menyalahgunakan dana awam oleh seorang pegawai awam dan penipuan bank adalah jenayah- sebagai asas tindakan badan kehakiman berkenaan.

Putrajaya termasuk Datuk Seri Najib Razak bagaimanapun memandang ringan keseriusan saman berkenaan dengan mengatakan ia adalah tindakan sivil semata-mata.

[baca berita penuh ]
 

Lihat Komen
ADS