Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

PERKASA hari ini mahu kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan mengenai individu yang dinamakan sebagai 'Malaysian Official 1' dalam sidang akhbar oleh Jabatan Kehakiman, Amerika Syarikat baru-baru ini.

Ketika ditanya sama ada beliau menganggap 'Malaysian Official 1' itu merupakan Najib, Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali enggan mengulas lanjut.

"Malaysian Official 1 boleh jadi sesiapa sahaja. Dalam 1MDB ada ramai orang," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PERKASA di ibu negara.

Pada masa yang sama, beliau turut menggesa kerajaan bersikap telus dan jujur dalam melaksanakan siasatan berhubung 1MDB.

Malah, Ibrahim menambah, pihaknya menggesa pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) segera menghubungi Jabatan Kehakiman, Amerika Syarikat bagi mendapatkan penjelasan tentang saman sivil yang dibuat.

"Saya mendesak pentadbiran Datuk Seri Najib supaya mengarahkan Ketua Polis Negara, SPRM, Gabenor Bank Negara dan Peguam Negara untuk segera menghubungi DOJ yang mengeluarkan saman ini untuk mendapatkan penjelasan kepada beberapa perkara khusus," katanya.

Lihat Komen
ADS