Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali mesti menjelaskan sama ada beliau mengamalkan budaya berbahaya iaitu permainan "politik istana" dengan mengekalkan PAS dalam kerajaan negeri, kata Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara Selangor, Saari Sungib.

Saari berkata, Azmin yang juga adalah timbalan presiden PKR, perlu menjelaskan persepsi bahawa beliau memenuhi kehendak istana supaya kerajaan negeri dianggotai oleh majoriti orang Melayu.

"Dengan hormat kepada Azmin, saya masih bantu dan sokong kerana beliau cuba bermain dengan budaya yang bahaya iaitu permainan politik istana.

“Isu yang akan ditekan di kerajaan Selangor ini (perlu) diterajui oleh majoriti Melayu,” katanya yang juga adalah ADUN Hulu Klang.

Jika dakwaan ini benar, beliau berkata, Azmin perlu sebaliknya memaklumkan kepada baginda bahawa Selangor mempunyai lapan anggota exco kerajaan negeri berbangsa Melayu daripada 11 orang.

Saari yang jugaadalah ahli jawatankuasa pusat AMANAH berkata demikian pada satu forum yang dianjurkan oleh Gerakbudaya di Petaling Jaya malam semalam.

Kerajaan Selangor terdiri daripada wakil rakyat PAS, PKR dan DAP, walaupun Pakatan Rakyat yang ianggotai oleh ketiga-tiga parti itu sebelum ini tumbang.

PKR dan DAP bergabung dengan parti serpihan PAS, AMANAH untuk membentuk Pakatan Harapan, tetapi PAS terus diberi empat kerusi exco hasil kerjasama PAS-PKR.

PKR, DAP dan AMANAH boleh membentuk kerajaan negeri Selangor dengan jumlah 30 ADUN, tetapi mereka akan hanya mempunyai 12 wakil Melayu berbanding dengan 25 jika PAS bersama dalam kerajaan negeri.

Dewan Undangan Negeri Selangor mempunyai 56 kerusi.

PAS dan PKR masing-masing mempunyai 13 kerusi manakala DAP 15 kerusi. AMANAH memiliki dua kerusi, Umno 12 manakala Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah ADUN bebas tunggal selepas dipecat daripada PKR.

Ketika ditemui pada majlis berasingan di Petaling Jaya kemudian, Azmin memberitahu Malaysiakini beliau tidak mahu segera mengulas dakwaan itu.

Saari juga memberitahu Azmin bahawa adalah tidak produktif untuk meneruskan kerjasama dengan PKR atas alasan bahawa parti Islam itu "tidak lagi boleh diperbaiki"

"Jika mahu dibaiki, ini mungkin ambil masa 20 hingga 30 tahun untuk membaiki PAS," katanya.

"Jadi, lebaih baik bergerak dengan parti baru," kata Saari, yang meninggalkan PAS untuk menyertai AMANAH.

Katanya, ini berdasarkan keengganan pemimpin ulama untuk menerima suara-suara yang berbeza di dalam parti.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS