Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Pua titis air mata lihat DOJ tegakkan keadilan bagi rakyat

Berikutan tindakan saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat berhubung skandal 1MDB minggu lalu, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata beliau tidak sabar untuk melihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tampil di mahkamah.

Ini susulan saman yang difailkan oleh Najib ke atas Pua berhubung kenyataannya mengenai 1MDB, dan terhadap pemilik portal Mediarakyat.net Chan Chee Kong kerana menyiarkan video ucapan Pua yang didakwa berunsur fitnah.

"Kes ini masih di mahkamah. Kita belum dapat tarikh perbicaraan.

"Tetapi biarlah saya katakan ini kepada semua orang, saya tidak sabar untuk membawa Najib ke mahkamah, untuk duduk di kandang saksi, untuk beritahu rakyat Malaysia: Bagaimana Tony Pua memfitnahnya apabila berkata ada seorang perompak di negara ini.

"Kami akan keluarkan semua bukti yang disenaraikan dalam saman mahkamah oleh Peguam Negara Amerika Syarikat," kata Pua kepada kira-kira 700 penyokong DAP pada satu majlis makan malam di Shah Alam malam semalam.

Pua berkata 'Malaysian Official 1' yang terpalit dalam pengubahan wang haram dalam saman yang difailkan oleh DOJ adalah tidak lain daripada Najib.

Najib secara konsisten menafikan sebarang salah laku dalam 1MDB. Peguam Negara Malaysia, Tan Sri Mohd Apandi Ali juga telah membersihkan perdana menteri daripada sebarang salah laku.

Bagaimanapun, Rabu lalu DOJ memfailkan beberapa siri untuk melucutkan hak beberapa individu yang dikaitkan dengan aset 1MDB.

Tindakan itu bertujuan untuk mendapatkan semula aset bernilai lebih AS$1 bilion yang dipercayai dibeli dengan dana 1MDB secara tidak sah dan kemudiannya digubah melalui sistem kewangan Amerika Syarikat, dengan harapan membawanya pulang ke Malaysia dalam beberapa bentuk lain.

Pua yang juga Setiausaha Publisiti DAP dan pengkritik lantang 1MDB berkata, beliau hampir menitiskan air mata apabila menonton siaran langsung pengumuman tindakan berkenaan oleh Peguam Negara Amerika Syarikat, Loretta Lynch.

Akhirnya, kata beliau, tindakan sedang diambil terhadap mereka yang didakwa bertanggungjawab untuk skandal 1MDB.

"Saya menunggu sidang akhbar (oleh Lynch) di rumah saya. Ketika mendengarnya, bulu roma saya berdiri tega; telinga saya begitu sakit.

"Saya hampir menitiskan air mata, kerana selepas enam tahun mendedahkan skandal 1MDB sejak soalan pertama saya di Parlimen pada Mac 2010, akhirnya kita mula melihat tindakan konkrit terhadap dalang di sebalik skandal berbilion dolar dalam 1MDB," katanya.

Pua kesal kerana meskipun wang berkenaan dicuri dari Malaysia, tiada sebarang tindakan di negara ini tetapi Amerika Syarikat pula yang terpaksa bertindak terhadapnya.

"Jika anda mendengar Peguam Negara Amerika Syarikat, beliau bercakap seolah-olah dirinya berjuang untuk hak rakyat marhaen Malaysia. Pemimpin kita yang seharus lakukannya; pemimpin BN mengkhianati kita," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS