Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
'Peluang rakyat bersuara terhadap tuduhan rasuah Lim'
Diterbitkan:  Jul 25, 2016 10:23 AM
Dikemaskini: 3:14 AM

Pilihan raya negeri mengejut di Pulau Pinang bukan bertujuan untuk "menyelamatkan" Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, kata Ketua Publisiti DAP Tony Pua.

Sebaliknya, menurut beliau, Lim masih akan didakwa dan dihukum penjara tidak kira sama ada pilihan raya negeri diadakan atau apa jua keputusannya.

Sebaliknya, beliau berkata, pilihan raya mengejut itu akan memberi peluang kepada rakyat untuk bersuara mengenai dakwaan rasuah yang dilemparkan ke atas Lim.

"Pilihan raya negeri supaya rakyat Pulau Pinang boleh melawan terhadap BN; supaya rakyat Pulau Pinang mempunyai suara dalam hala tuju negeri dan negara.

"BN kata Lim Guan Eng sudah didakwa dan oleh itu beliau perlu mengambil cuti.

"DAP kata bahawa beliau tidak perlu bercuti kerana tuduhan itu tidak masuk akal. Jadi siapa yang betul, dan siapa hakim yang paling saksama untuk beritahu kami siapa yang betul?

"Jika Lim Guan Eng perlu bercuti, saya yakin rakyat Pulau Pinang akan mengundi dengan sewajarnya, dan kita perlu bercuti daripada kerajaan.

"Tetapi jika rakyat Pulau Pinang percaya kepada kerajaan pimpinan Pakatan Harapan, maka tidak ada keperluan untuk Lim Guan Eng mengambil cuti sehingga tuduhan BN, Peguam Negara, selesai," katanya pada majlis makan malam bersama kira-kira 700 penyokong DAP malam semalam.

Majlis di Shah Alam itu adalah sebahagian daripada program 'Sokong, Simpati dan Solidariti bersama Lim Guan Eng (SSSLGE) 2.0' di seluruh negara, yang bertujuan untuk mendapatkan sokongan bagi Lim selepas beliau berdepan dua pertuduhan rasuah di mahkamah.

Lim pada 30 Jun lalu didakwa mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan kerana membuat keputusan pada Jawatankuasa Perancang Negeri Pulau Pinang, yang kononnya memihak kepada kepentingan ahli perniagaan Phang Li Koon yang didakwa menjual banglo kepada Lim di bawah harga pasaran.

Kedua-dua Lim dan Phang mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan. Lim dan DAP mendakwa mereka menjadi mangsa politik.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS