Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar adalah satu-satunya pegawai polis yang boleh mengulas mengenai saman sivil yang difailkan terhadap 1MDB oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mortadza Nazarene yang bakal bersara esok berkata demikian pada sidang media hari ini.

"Kami mengadakan sidang akhbar yang berbeza. Sidang media mengenai 1MDB akan diuruskan oleh bos saya, ketua polis negara.

"Justeru, jika kamu mempunyai isu-isu lain yang berkaitan dengan 1MDB, dapatkan ketua polis negara untuk mengulas kerana beliau akan mengadakan sidang akhbar mengenainya," ujar Mortadza.

JSJK adalah jabatan polis yang diamanahkan untuk berurusan dengan penemuan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengenai 1MDB.

Ia telah diberikan tugas berkenaan dalam bulan April dan sedang menjalankan tugasan tersebut di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membabitkan pecah amanah.

Baru-baru ini, Khalid enggan mengulas mengenai tindakan undang-undang yang difailkan di Amerika Syarikat pada 20 Julai dengan mendakwa ia adalah kes sivil dan polis Malaysia tidak pernah dirujuk mengenainya.

"Jika beliau (Khalid) memilih untuk berdiam diri, mesti ada sebab dan apabila tiba masanya, dia akan beritahu kamu," kata Mortadza yang bersara esok kerana mencecah umur 60 tahun.

"Saya tidak akan berhujah mengenai bos saya," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS