Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
1MDB beri sumbangan besar kebajikan sosial, kata Najib

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak hari ini menegaskan 1MDB yang telah diberikan perhatian atas alasan yang salah sebenarnya telah membuat sumbangan besar kepada program kebajikan sosial.

Beliau berkata, 1MDB membelanjakan beratus-ratus juta ringgit melalui cabang kebajikannya, Yayasan 1MDB untuk pelbagai tujuan seperti pelepasan banjir, membaiki rumah-rumah yang rosak dan membantu nelayan.

Yayasan 1MDB turut menaja sejumlah RM10.4 juta untuk membolehkan 1,100 jemaah menunaikan ibadah haji pada tahun ini.

Pada penerima yang hadir bersama Najib di Masjid Putrajaya hari ini menerima surat tawaran mereka.

"1MDB sering dikutuk tetapi ramai lupa 1MDB mempunyai banyak program-program kebajikan sosial.

"Program pada hari ini adalah salah satu daripadanya," kata Perdana Menteri kepada bakal jemaah haji yang hadir.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS