Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Senarai DOJ: Bersihkan nama masing-masing - Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengulangi gesaannya supaya orang ramai supaya tidak membuat spekulasi mengenai saman sivil yang difailkan oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat untuk menyita dan merampas aset berkaitan 1MDB yang dibuat minggu lalu.

Najib berkata kerajaan memandang serius dakwaan itu, dan menambah bahawa individu yang disebut dalam pemfailan itu perlu membersihkan nama masing-masing.

"Jadi, janganlah kita terbawa-bawa dengan hal ini, serahkan kepada proses keadilan sewajarnya kerana kita percaya lambat laun kebenaran akan diketahui jua.

"Kita serahkan proses ini berjalan, mengunakan process pengadilan yang sewajarnya. Jadi itulah pendirian kerajaan, kita akan memberi kerjasama yang sepenuhnya,"  katanya ketika berucap pada majlis penyerahan surat tawaran menunaikan fardu haji 1437H/2016 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya hari ini.

Saman yang difailkan Rabu lalu memaparkan aliran wang yang dikatakan daripada dana yang kononnya digelapkan dari 1MDB dan melalui sistem kewangan Amerika Syarikat.

Ia bertujuan bagi mendapatkan kembali aset lebih AS$1 bilion yang diperoleh melalui dana 1MDB yang didakwa diselewengkan, walaupun Peguam Negara Malaysia Tan Sri Mohd Apandi Ali menegaskan bahawa tidak ada bukti sedemikian hasil siasatan pihak berkuasa ke atas 1MDB.

DOJ Amerika Syarikat menyebut beberapa individu termasuk tiga pegawai 1MDB yang tidak dinamakan, hartawan kelahiran Pulau Pinang Low Taek Jho dan anak tiri Najib, Riza Aziz.

Juga dikaitkan adalah ‘Malaysian Official 1’ yang identitinya secara meluas dikaitkan dengan Najib.

Ini berdasarkan huraian mengenai ‘Malaysian Official 1’, hubungan kekeluargaannya dengan Riza dan pembabitannya dalam skandal 1MDB.

‘Malaysian Official 1’ didakwa akhirnya menerima AS$731 juta dana 1MDB.

Mengulas lanjut, Najib berkata, mereka yang dinamakan dalam saman itu perlu membersihkan nama masing-masing.

"Sebab itu bila keluar laporan DOJ, kerajaan tetap memandang berat perkara tersebut dan mahu supaya siapa yang dinamakan itu ambil tanggungjawab bersihkan nama mereka, pastikan tiada wang rakyat disalahgunakan," katanya.

Riza mendakwa bahawa AS$94 juta yang diterimanya adalah sumbangan peribadi.

Apandi berkata Najib yang tidak dinamakan dalam fail itu, dan sebelum ini telah dibebaskan daripada sebarang salah laku berhubung dengan pemindahan dana misteri ke dalam akaun bank peribadi perdana menteri.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS