Paling Popular
Terkini

Pertikaian antara Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dengan Saari Sungib kini boleh dianggap selesai, sekurang-kurangnya daripada pandangan menteri besar Selangor.

"Penjelasan (isu sindiran di Twitter) telah dibuat.

“Tutup," kata Azmin ringkas dan berlalu meninggalkan media.

Azmin berkata demikian selepas majlis pelancaran Program Penggantian Paip Air Lama di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya di Taman Melawati, Gombak hari ini.

Azmin semalam mempertahankan tindakannya menyerang Timbalan Pengerusi, Parti Amanah Negara (AMANAH), Saari Sungib dengan bertanya beliau mahu “mengemis” jawatan exco.

Azmin memberitahu pemberita bahawa beliau bertanggungjawab untuk mempertahankan proses demokrasi dan mandat yang diberikan pada pilihan raya umum ke-13.

Tweet itu dipercayai tindak balas kepada komen Saari pada sebuah forum, yang menyoal sama ada Azmin sedang bermain “politik istana” untuk mewajarkan keputusan mengekalkan PAS dalam kerajaan negeri.

Saari juga dilaporkan memberitahu Azmin bahawa PAS"tidak lagi boleh diperbaiki".

Saari bagaimanapun kemudian dilapor berkata tiada masalah dengan menteri besar itu dan percaya tweet Azmn itu bukan ditulis pemimpin PKR tersebut.

Sementara itu, mengulas pilihan raya mengejut, timbalan presiden PKR itu berkata parti akan membincangkan mengenainya malam ini.

"Kita akan bincang malam ini dan mesyuarat malam ini akan membincangkan mengenai cadangan DAP itu," kata Azmin yang juga anggota Parlimen Gombak.

Lihat Komen
ADS