Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tabung Haji (TH), Datuk Johan Abdullah enggan mengulas mengenai kerugian yang dialami oleh anak syarikatnya, TH Heavy Engineering Berhad (THEE) berjumlah RM554 juta.

Sebaliknya, beliau meminta pihak media supaya menunggu pengumuman dari THEE yang dijangka dibuat dalam masa terdekat ini.

“Pelaburan itu ialah pelaburan dalam sebuah syarikat yang tersenarai, kita kena ikuti daripada apa-apa perkembangan syarikat tersebut. Kita tidak boleh komen panjang mengenai ini.

“Saya difahamkan syarikat tersebut akan membuat satu pengumuman dalam masa terdekat, kerana ia merupakan sebuah syarikat yang tersenarai dalam bursa. Jadi pendedahan itu akan dibuat oleh syarikat.

“Saya ingat hari ini atau esok mungkin akan ada perkembangan isu itu,” katanya kepada pemberita dalam sidang media selepas majlis perasmian Yayasan Tabung Haji di Hotel TH Kelana Jaya.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai dakwaan terbaru oleh Anggota Parlimen Pandan Rafizi Ramli mengenai perihal pengurusan perniagaan TH.

Baru-baru ini, Rafizi mendakwa TH melalui sebuah anak syarikatnya berdepan risiko kerugian berjumlah RM554 juta dengan dua syarikat antarabangsa telah menfailkan petisyen berasingan untuk menuntut hutang mereka daripada THEE.

Susulan itu, Rafizi mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi penjelasan terutama kepada pendeposit TH mengenai langkah-langkah untuk menyelamatkan lembaga itu daripada menanggung kerugian.

"Saya juga menyeru kepimpinan baru TH di bawah Datuk Johan Abdullah mengambil pendekatan berbeza dalam menangani pandangan timbang tara dari ahli Parlimen seperti saya," katanya dalam kenyataan media.

Lihat Komen
ADS