Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Harakah, PAS tak bersedia terima penyelesaian saman fitnah

Lidah rasmi PAS, Harakahdaily belum bersedia untuk menerima penyelesaian yang dicadangkan untuk saman fitnah yang difailkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak susulan laporan yang mempersoalkan gaya hidup Riza Aziz dan 1MDB berdasarkan laporan New York Times.

Peguam Harakah, Wan Rohimi Wan Daud berkata, sejajar dengan keputusan tersebut, Mahkamah Rayuan menetapkan 26 September ini untuk pengurusan kes berhubung perkara itu.

"Kami tidak boleh selesaikan perkara tersebut pada masa ini kerana kami belum bersedia untuk menerima penyelesaian yang dicadangkan.

"Saya tidak pasti sama ada penyelesaian (boleh dicapai berdasarkan perkembangan baru-baru ini).

"Yang pasti, kami perlu berbincang lagi dengan PAS sebagai pemilik Harakah," kata Wan Rohimi selepas pengurusan kes, hari ini.

Walaupun begitu, Wan Rohimi tidak menolak kemungkinan berlakunya penyelesaian dalam saman fitnah itu.

Datuk Mohd Hafarizam Harun, yang mewakili Najib bersetuju bahawa kedua-dua pihak memerlukan lebih banyak masa.

"Kedua-dua pihak memerlukan masa untuk berunding mengenai terma-terma dan akan memaklumkan mahkamah," kata Hafarizam.

Najib menamakan Pengarah Urusan Harakah, Dr Rosli Yaakop dan Ketua Pengarang Harakahdaily, Taufek Yahya selaku defendan dalam saman fitnah yang difailkan pada 18 Mac tahun lepas.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS