Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Felda tawar kerja pada bekas penagih
Diterbitkan:  Jul 26, 2016 4:32 PM
Dikemaskini: 8:43 AM

Pelatih Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) kini bakal memperoleh peluang kedua ditawarkan pekerjaan oleh Felda menerusi program 'Oil Palm For Life' (OPAL).

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim berkata projek yang menyasarkan 1,000 bekas penagih dadah itu bertujuan melatih mereka dalam sektor perladangan bagi mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing.

"Pada 1 Ogos ini, sebanyak 40 pelatih yang telah disaring akan ditempatkan di ladang Serting Hilir sebagai projek perintis bagi melihat keberkesanan program ini.

"Pada masa ini, sebanyak 600 orang telah memohon untuk menyertai program ini tetapi kita pilih 40 orang dahulu untuk bekerja di ladang milik Felda di sini," katanya selepas Majlis Aidilfitri bersama Ketua Peneroka Wilayah Raja Alias dan Taklimat Program OPAL di Jempol, hari ini.

OPAL adalah program yang memberi peluang kedua kepada Orang Kena Pengawasan (OKP) membina kehidupan baharu yang bebas dadah yang diilhamkan oleh Mahasiswa Turun Parlimen (MANTAP) sebuah badan bukan kerajaan (NGO).

OPAL juga memberi tambah nilai kepada OKP melalui program yang disediakan sepanjang dua tahun di penempatan Felda.

Mengulas lanjut, Razali berkata peserta perlu melalui saringan ketat oleh pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Felda sebelum dipilih menyertai program itu.


-Bernama
 

Lihat Komen
ADS