Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Mahathir ambil kesempatan ketiadaan ISA - Nur Jazlan

Tun Dr Mahathir Mohamad akan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap pengkritik beliau seperti mana yang dilakukan ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada masa ini, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamad.

"Ini adalah apa yang semua katakan mengenai beliau 20-30 tahun lalu yang Mahathir sifatkan sebagai kesalahan besar dan letakkan mereka di bawah ISA.

"Tetapi hari ini tanpa ISA, beliau merasakan begitu betul untuk mengatakan perkara-perkara yang sejajar dengan kehendaknya," kata Nur Jazlan kepada Malaysiakini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas artikel terbaru oleh Mahathir di dalam blognya yang menggesa Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat untuk mendedahkan identiti 'Malaysian Official 1'.

Bekas perdana menteri itu turut menyeru negara-negara luar termasuk Amerika Syarikat dan Australia agar menamakan dan memalukan Najib.

"Saya tahu kebanyakan negara luar agak keberatan untuk berterus-terang dalam mengatakan perdana menteri adalah individu yang bersalah atas semua ini," ujar Mahathir dalam wawancara bersama ABC.

Semasa eranya, Mahathir dikritik hebat ekoran tindakan keras ke atas para pengkritik terutama tangkapan dan penahanan seperti yang dijalankan dalam Ops Lalang pada tahun 1987 dengan 106 individu termasuk ahli politik dan aktivis ditahan di bawah ISA.

ISA, yang membenarkan penahanan tanpa bicara, dihapuskan oleh Najib pada 2011.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS