Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Rakyat bersama Zeti, Gani, Abu Kassim, kata PKR
Diterbitkan:  Jul 27, 2016 3:36 PM
Dikemaskini: 7:39 AM

Rakyat negara ini berdiri teguh bersama Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Tan Sri Abu Kassim dan Tan Sri Abdul Gani Patail bagi mempertahankan institusi masing-masing, kata Naib Presiden PKR Shamsul Iskandar Mat Akin.

Zeti adalah bekas gabenor Bank Negara, Abu Kassim pula adalah ketua pesuruhjaya SPRM yang dijadualkan bersara akhir bulan ini manakala Gani ialah bekas peguam negara.

"Saya mahu tegaskan bahawa rakyat Malaysia bersama Zeti dan yang lain dalam mempertahankan Bank Negara dan SPRM," kata Shamsul.

Pemuda Umno, semalam membuat laporan polis, mendakwa ketiga-tiga mereka terlibat dalam konspirasi untuk mengulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan Malaysia yang sah.

Bagi Shamsul, tindakan Pemuda Umno itu adalah sombong, angkuh dan percubaan untuk menyembunyikan jenayah sebenar di sebalik skandal 1MDB.

Beliau berkata rakyat Malaysia mengetahui identiti orang yang disebut sebagai 'Malaysian Official 1' oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat dalam saman sivilnya untuk merampas aset berkaitan 1MDB.

Shamsul yang juga adalah ahli parlimen Bukit Katil menggesa Najib supaya tampil memberi penjelasan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS